assalamualaikum semua, kembali lagi hehehe
untuk kos Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal jangan harap anda semua hanya berkaitan tentang makanan sahaja okey..
anda semua juga akan belajar Matematik, Matematik tu tak silap Kejuteraan Matematik 1...jangan pelik dan jangan takut sebab Anda hanya akan berlajar ketika sem 1 sahaja..
seterusnya ada akan belajar statistik, logistik dan bahasa english..
memang ada subjek sampingan seperti itu dan terkadang aku sendiri pening aku ambik kos apa sebenarnya hehehe.. dan satu lagi KOS NI TAK KENE MENGENA DENGAN KULINARI yer dan BERKAITAN DENGAN CHEF..
Kos ini mengkaji dari mana makanan itu datang, bahan yang digunakan, pemprosesan sehinggalah pembungkusan... Senang cakap korang belajar tentang apa yang korang makan. Selain itu pengangkutan yang bawa makanan sehinggalah penyimpanan makanan...dan ye semua itu korang kene kaji.
untuk Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal korang akan belajar dari bahan yang halal, persijilan halal, Akta Makanan, HCCP, Malaysian Standard... Korang juga ada praktikal penyembelihan ayam ( waktu aku, mungkin waktu korang lembu hehehe )..dan korang jangan ingat dah selesai nyer...ada lagi
korang juga belajar tentang alatan halal sehingga kosmetik halal pun ada .... sem yang bagi aku paling stress adalah sem-4 dan sem-5 kerana sem-4 korang kene siapkan fail yang seolah- olah korang berkerja dengan syarikat dan perlu siapkan banyak nyer dan kalau buat last minute bersedialah untuk tidak tidur lena ( tidur lewat ). Sem- 5 anda perlu siapkan final projek yang sememangnya pening dari produk sehinggalah poster pembentangan..hmmmm
Dulu favourite subjek aku sensory, time tu sem-4 sebab kos ni kita perlu merasa dan menguji deria lidah kita... masa tu ada pillihan subjek.. ada subjek Bakery dan Sensory..jadinya saper yang berminat dengan bakery boleh lah cuba masuk tetapi subjek bakery jarang dibuka..
itu sahaja, mungkin membantu :)
Wednesday, 11 December 2019
perbezaan diploma teknologi makanan pengurusan halal
Assalammualaikum semua,
Agak gementar untuk menaip pengalaman pada blog yang pertama diterbit bawah nama Yang Berkata ( sebelum ni selalu buat assignment jer buat blog tertiba minat pulak ) hehehe
berdasarkan tajuknya, ayuh lah kita kenali apa itu Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal...
aku ni adalah Alumni Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah atau lebih dikenali sebagai POLISAS..Pada awalnya aku ditawarkan untuk mengambil Diploma Seni Bina oleh kerana kos yang agak mahal dan Subjek yang lebih kepada mengira, aku pun tukar kos hehehe
foto dari google
Yang aku tahu tentang Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal ni pada mulanya hanya berkaitan dengan makanan dan Sains dan hanya sama sahaja Diploma Teknologi Makanan tetapi untuk pengetahuan pembaca semua kedua kos tersebut adalah berbeza. Di POLISAS kos untuk Diploma Teknologi Makanan adalah kos yang dikeluarkan dahulu sebelum Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal. Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal baru sahaja di tempat kan di POLISAS. Kedua kos ini adalah sangat istimewa kerana hanya terdapat di POLISAS (untuk Politeknik sahaja tak termasuk Universiti Swasta Atau Kerajaan Ya)
foto dari google
Jom kita tengok perbezaan kedua kos ini terlebih dahulu, Diploma Teknologi Makanan dan Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal pada sem yang pertama sehingga sem ketiga menpelajari subjek yang sama tetapi pada sem yang ke-4 subjek kedua kos tersebut berbeza
pada sem yang ke-4 Diploma Teknologi Makanan sudah perlu menyiapkan projek dan mengkaji untuk pembuatan produk tetapi Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal lebih fokus kepada menyiapkan fail dan belajar lebih mendalam berkaitan halal dan pensijilan. Tetapi masih ada beberapa subjek yang masih sama.
ini adalah pendahuluan dahulu sebelum aku menerangkan dengan lebih terperinci berkaitan Kos ini....Semoga Kita berjumpa lagi :)

Subscribe to:
Posts (Atom)