assalamualaikum semua, kembali lagi hehehe
untuk kos Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal jangan harap anda semua hanya berkaitan tentang makanan sahaja okey..
anda semua juga akan belajar Matematik, Matematik tu tak silap Kejuteraan Matematik 1...jangan pelik dan jangan takut sebab Anda hanya akan berlajar ketika sem 1 sahaja..
seterusnya ada akan belajar statistik, logistik dan bahasa english..
memang ada subjek sampingan seperti itu dan terkadang aku sendiri pening aku ambik kos apa sebenarnya hehehe.. dan satu lagi KOS NI TAK KENE MENGENA DENGAN KULINARI yer dan BERKAITAN DENGAN CHEF..
Kos ini mengkaji dari mana makanan itu datang, bahan yang digunakan, pemprosesan sehinggalah pembungkusan... Senang cakap korang belajar tentang apa yang korang makan. Selain itu pengangkutan yang bawa makanan sehinggalah penyimpanan makanan...dan ye semua itu korang kene kaji.
untuk Diploma Teknologi Makanan Pengurusan Halal korang akan belajar dari bahan yang halal, persijilan halal, Akta Makanan, HCCP, Malaysian Standard... Korang juga ada praktikal penyembelihan ayam ( waktu aku, mungkin waktu korang lembu hehehe )..dan korang jangan ingat dah selesai nyer...ada lagi
korang juga belajar tentang alatan halal sehingga kosmetik halal pun ada .... sem yang bagi aku paling stress adalah sem-4 dan sem-5 kerana sem-4 korang kene siapkan fail yang seolah- olah korang berkerja dengan syarikat dan perlu siapkan banyak nyer dan kalau buat last minute bersedialah untuk tidak tidur lena ( tidur lewat ). Sem- 5 anda perlu siapkan final projek yang sememangnya pening dari produk sehinggalah poster pembentangan..hmmmm
Dulu favourite subjek aku sensory, time tu sem-4 sebab kos ni kita perlu merasa dan menguji deria lidah kita... masa tu ada pillihan subjek.. ada subjek Bakery dan Sensory..jadinya saper yang berminat dengan bakery boleh lah cuba masuk tetapi subjek bakery jarang dibuka..
itu sahaja, mungkin membantu :)
Hi ... saya nak tanya .. kalau sambung degree .. kat mana ye ?
ReplyDelete